Tips

Keberkesanan pengajaran-pembelajaran tidak hanya bergantung pada bilik darjah yang selesa atau kaedah pengajaran yang efektif. Ia juga bergantung pada faktor kemanusiaan, seperti, personaliti guru, cara melayani murid-muridnya serta juga suasana sosioemosi yang wujud di dalam bilik darjah itu.

(1)Kasih sayang

Guru perlu menyayangi kanak-kanak. Jika dia tidak berupaya belajar menggemari mereka, maka dia tidak akan menjadi seorang guru yang baik. Kasih sayang berpunca daripada pengetahuan dan kefahaman tentang kanak-kanak. Mereka tidak akan belajar, membesar dan berkembang dengan baik tanpa pemahaman dan kasih sayang guru dan ibu bapa.

Guru dan Pelajar

(2)Keadilan

Selain kasih sayang dan pemahaman, guru hendaklah bersikap adil dan tidak pilih kasih. Semua murid di dalam kelas harus dilayan secara saksama.

Guru Perlu Bersikap Adil dan Tidak Pilih Kasih

(3)Demokrasi

Guru hendaklah sentiasa mengamalkan demokrasi di dalam bilik darjah. Misalnya, dia tidak melantik ketua darjah tetapi meminta murid-murid untuk memilihnya. Dia sanggup juga mendengar serta menerima pendapat yang baik daripada murid-muridnya.

(4)Bertimbang rasa

Guru yang bertimbang rasa dan bersopan santun akan membentuk murid yang bersikap sedemikian terhadap kawan-kawan mereka.

(5)Kelucuan

Guru yang baik juga patut menyelitkan unsur kelucuan ke dalam pengajarannya. Dia akan bergurau senda dari semasa ke semasa untuk menghilangkan kebosanan. Dia hendaklah ketawa bersama murid-muridnya. Di samping itu, guru janganlah menggunakan sindiran terhadap murid-muridnya. Ini akan menyebabkan murid-muridnya berasa rendah diri atau terhina.

Dipetik daripada buku Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah (Semester II) karya Ee Ah Meng.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: