Ciri Bilik Darjah Unggul

Ciri-ciri bilik darjah yang unggul ialah :

(1)Saiz bilik darjah adalah cukup besar. Ukuran bilik seelok-eloknya 7 x 9 meter.

(2)Bilangan murid di dalam sesebuah bilik darjah seeleok-eloknya 40 orang atau kurang.

(3)Ketinggian kerusi dan meja hendaklah sesuai dengan ketinggian murid.

(4)Ruang-ruang pembelajaran disediakan untuk membolehkan pengajaran serta pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan.

(5)Peraturan bilik darjah mudah dipatuhi dan tidak terlalu banyak.

(6)Suasana bilik darjah dipenuhi dengan kemesraan, kepercayaan dan penghormatan. Perhubungan antara guru dan murid dan antara murid dengan murid adalah mesra dan jujur.

(7)Suasana pengajaran-pembelajaran kaya dengan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran seperti yang terdapat di dalam kebanyakan bilik darjah KBSR dan KBSM.

(8)Murid-murid bebas bergerak sekiranya menjalankan aktiviti pembelajaran yang produktif.

(9)Murid-murid digalakkan untuk menjalankan uji kaji yang mudah bagi mendapat atau membuat sesuatu rumusan. Guru tidak memberikan jawapan secara terus.

(10)Kumpulan-kumpulan dibentuk supaya kaedah kumpulan dan individu dapat digunakan. Dengan itu, program pemulihan dan pengayaan juga dapat dijalankan.

Semoga dapat membantu guru-guru untuk mengurus bilik darjah supaya menjadi lebih berkesanšŸ™‚. Dipetik daripadaĀ buku Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah (Semester II) karya Ee Ah Meng.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: