Ringkasan

Tips :

(1)Pelajar dikehendaki meringkaskan petikan berdasarkan kehendak soalan supaya menjadi tidak melebihi 80 patah perkataan.

Contoh:

– Tulis sebuah ringkasan tentang masalah penjualan buku-buku dalam bahasa Melayu.

– Tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor yang menyebabkan banjir kilat di ibu kota.

– Tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.

(2)Biasanya petikan yang dikemukakan adalah rencana tentang isu-isu semasa.

(3)Sebanyak 40 minit diperuntukan untuk menjawab Bahagian A(i) – Ringkasan dan A(ii) – Pemahaman.

(4)Markah yang diperuntukan pula ialah 20 markah.

Jadual Menulis Ringkasan Karangan PMR

……(Kata Tugasan)…..ialah/adalah………(Isi yang pertama)… . Selain itu,…………(Isi yang Kedua)…. . Seterusnya,…….(isi yang Ketiga)…. . Selanjutnya,……(Isi yang Keempat)….. . Pada masa yang sama,…….(Isi yang kelima)…. .

————————————————————————————————————————————————–

Contoh Soalan

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan belajar secara berkumpulan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, study group, study circle, halaqah ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan perbincangan ini merupakan suatu kumpulan kecil individu yang ditubuhkan untuk membincangkan dan bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu bagi kepentingan anggota kumpulan tersebut. Aktiviti ini dianggap suatu tradisi meningkatkan ilmu jika perbincangan itu dijalankan secara berkekalan.

Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah untuk disusun dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap kali kita mempunyai pecahan-pecahan ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak dan kita tidak dapat mengaitkannya dengan konteks yang sebenarnya. Mungkin pecahan-pecahan yang kita miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan sambungkan sebagai satu kesatuan yang jitu.

Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita miliki itu dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas itu memerlukan perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-sama mahu mendapatkan pengetahuan tersebut. Jikalau perbincangan itu disertai oleh orang yang lebih mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebih bermakna.

Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal ini demikian kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita mahu mengemukakan pendapat yang terbaik dan sumbangan yang bermanfaat kepada kumpulan. Dengan demkian kita akan membuat persediaan awal yang bersungguh-sungguh untuk menyayakan perbincangan itu.

Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu perkara yang rumit dan memerlukan kebolehan intelektual, perbincangan lebih banyak memberikan gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai.

Contoh Jawapan

                      Kebaikan belajar secara berkumpulan ialah dapat bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu perkara dalam kalangan ahli. Selain itu, pemahaman tentang sesuatu perkara dapat dipertingkat. Seterusnya, nota hasil pembelajaran dapat disusun dengan rapi. Selanjutnya, ada rakan-rakan yang dapat menjelaskan sesuatu perkara yang sukar difahami dengan terperinci. Pada masa yang sama, nota pelajaran juga dapat disusun mengikut urutan yang tepat. Di samping itu, semua ahli kumpulan mendapat faedah hasil daripada perbincangan yang dilakukan. Akhir sekali, kumpulan perbincangan dapat meningkatkan kecekapan bekerja setiap ahli kumpulan.

                                                                                     (80 patah perkataan)

(1)Kata Tugasan

(2)Isi Pertama

(3)Isi Kedua

(4)Isi Ketiga

(5)Isi Keempat

(6)Isi Kelima

(7)Isi Keenam 

(8)Isi Ketujuh

*Isi Keenam dan Ketujuh merupakan pilihan sekiranya jumlah perkataan bagi ringkasan masih tidak melebihi 80 patah perkataan.

2 Comments (+add yours?)

  1. najw
    Jan 09, 2014 @ 10:26:33

    tak payah letak ialah atau merupakan dan kehendak soalan dalam semua ayat

    Reply

  2. zarin
    Jan 16, 2014 @ 22:12:20

    tq

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: