Ringkasan

(1)Calon perlu membaca dan memahami arahan soalan di samping memastikan jumlah perkataan yang dikehendaki.

(2)Baca petikan lebih daripada sekali dengan teliti sehingga betul-betul faham akan isi petikan tersebut.

(3)Semasa membaca petikan, garisi perkataan yang menggambarkan isi yang dikehendaki oleh soalan.

(4)Cuba gabungkan perkataan-perkataan tersebut untuk membentuk isi yang mantap.

(5)Huraian isi dan contoh-contoh perlu ditinggalkan.

(6)Calon digalakkan menggantikan huraian isi yang panjang dengan perkataan tertentu atau istilah lain yang lebih sesuai.

(7)Selepas menulis ringkasan itu sila kira jumlah perkataan serta semak jika terdapat kesalahan ejaan atau tatabahasa.

(8)Markah maksimum untuk isi ialah 10 markah (5 isi x 2 = 10 markah); manakala markah maksimum untuk bahasa ialah 10 markah (bergantung pada persembahan bahasa pelajar).

(9)Tulis ayat-ayat baru dalam satu perenggan sahaja.

(10)Salin hasil ringkasan dalam kertas jawapan dengan tulisan yang kemas. Kemudian, tulis jumlah perkataan di bahagian kanan jawapan.

– INGAT!!! Jangan salin ayat bulat-bulat daripada isi tersebut; dan jangan ubah kesemua perkataan yang terdapat dalam isi tersebut kerana bimbang maksudnya akan terpesong.

Jadual Menulis Ringkasan Karangan PMR

……(Kata Tugasan)…..ialah/adalah………(Isi yang pertama)… . Selain itu,…………(Isi yang Kedua)…. . Seterusnya,…….(isi yang Ketiga)…. . Selanjutnya,……(Isi yang Keempat)….. . Pada masa yang sama,…….(Isi yang kelima)…. .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: