Kertas 1

Soalan Kertas 1 mengandungi 40 soalan objektif aneka jawapan (A, B, C atau D). Masa menjawab ialah 1 jam (60 minit).

(1)Soalan 1 – 7 : Penggunaan pelbagai jenis kata, imbuhan dan kata ganda dalam ayat.

(2)Soalan 8 – 14 : Merupakan soalan mengesan kesalahan umum tatabahasa sama ada dari segi:

-kesalahan dari segi penggunaan kata

-kesalahan dari segi penggunaan frasa

-kesalahan dari segi struktur ayat

-kesalahan dari segi penggandaan

-kesalahan dari segi pemajmukan

-kesalahan dari segi pengimbuhan

(3)Soalan 15 – 17 : Mengenal pasti maksud kata dan penggunaan kata yang betul dalam sesebuah ayat.

(4)Soalan 18 – 21 : Menguji pengetahuan sintaksis pelajar. Para pelajar diminta mengenal pasti sama ada bahagian ayat yang digaris itu betul atau salah. Jika didapati salah, pilih jawapan yang tepat bagi menggantikan bahagian yang bergaris itu.

(5)Soalan 22 – 24 : Soalan untuk menentukan maksud ayat. Soalan jenis ini memang popular sejak dahulu lagi. Pelajar diuji untuk mengenal pasti ayat yang mempunyai maksud yang sama tetapi berbeza dari segi strukturnya.

(6)Soalan 25 – 27 : Soalan ini menguji pelajar supaya memilih gabungan ayat yang betul tatabahasanya sahaja. Jumlah ayat yang diberi adalah sebanyak empat.

(7)Soalan 28 – 30 : Soalan tentang peribahasa. Soalan ini menguji pemahaman pelajar tentang peribahasa. Peribahasa terlalu banyak dan sukar dihafal, tetapi pelajar harus cuba memberi penekanan terhadap peribahasa-peribahasa yang terkandung di dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, 2, dan 3.

(8)Soalan 31 – 35 : Pemahaman Prosa (KOMSAS)

(9)Soalan 36 – 40 : Pemahaman Puisi (KOMSAS). Soalan-soalan 31 – 40 berdasarkan tiga bentuk iaitu soalan pemahaman berdasarkan petikan, soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan petikan dan soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan keseluruhan prosa atau puisi.

Tips :

(1)Para pelajar perlu mempunyai pengetahuan tatabahasa dan penguasaan kosa kata yang mantap. Bagi tujuan ini adalah mustahil pelajar menghafal kesemua kosa kata yang terdapat dalam kamus.

(2)Latihan menjawab soalan-soalan tahun lepas akan dapat membantu pelajar membiasakan diri dengan bentuk-bentuk kesalahan yang sering disoal dalam kertas soalan.

(3)Jadikan kamus dan buku rujukan tatabahasa sebagai bahan untuk mengukuhkan penguasaan tatabahasa anda.

(4)Jadikan sikap suka menganalisis ayat sebagai satu amalan terutamanya semasa membaca akhbar atau majalah.

(5)Latihan dan persediaan awal amat perlu untuk memudahkan para pelajar menjawab soalan-soalan Kertas 1 ini.

(6)Pelajar harus teliti dan sentiasa memeriksa semula jawapan anda. Dengan latihan yang konsisten, pelajar pasti dapat menambah pengalaman dan penguasaan untuk menjawab soalan Kertas 1 ini.

Kredit blog ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: